• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Mayat Tanpa Identiti Ditemui Di Bukit Mertajam

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam longkang besar di Jalan Perusahaan Maju 6, Bukit Tengah di sini, hari ini.

Mayat lelaki itu, yang hanya berkain pelikat, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh seorang pekerja Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ketika membersihkan longkang itu pada 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput dan berulat, polis percaya lelaki berusia 40-an itu meninggal dunia lebih 24 jam lepas.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu,” katanya ketika dihubungi Selasa.

Sementara itu, mayat seorang lelaki juga dipercayai warga asing ditemui dalam kawasan semak di hadapan sebuah rumah berhampiran tapak pembinaan di Taman Tan Sai Gin di sini, semalam.

Rusli berkata mayat itu ditemui oleh seorang pekerja kontrak yang membuat rondaan dan pemeriksaan di sekitar kawasan tapak pembinaan itu pada 4.45 petang.

“Mayat lelaki dalam keadaan terlentang itu lengkap memakai baju dan berseluar denim. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai meninggal dunia beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

“Tiada dokumen pengenalan ditemui,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan rakan atau anggota keluarga atau mempunyai maklumat berhubung dua kejadian itu supaya menghubung balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd