• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Bomba Cedera Ketika Bertugas

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SRI AMAN – Dua anggota bomba cedera terkena percikan api ketika operasi pemadaman sebuah lori membawa bahan kimia yang terbakar berdekatan simpang Pantu di Jalan Sri Aman-Serian, awal pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman berkata, kedua-dua anggota terbabit dikejarkan ke Hospital Sri Aman dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi tadi, dua anggota terbabit bersama empat lagi anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman bergegas ke tempat kejadian yang terletak 53 kilometer dari bandar Sri Aman selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.48 pagi.

Ketika operasi pemadaman, satu letupan kuat berlaku menyebabkan percikan api yang terkena dua anggota terbabit.

“Ketika jentera bomba tiba pada jam 3.35 pagi, keseluruhan lori kargo seberat 11 tan itu sudah terbakar dan anggota berjaya mengawal kebakaran itu dalam masa 10 minit.

“Operasi pemadaman agak berisiko kerana lori terbabit membawa muatan bahan kimia,” katanya.

Katanya, punca sebenar kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan. – BH Online

Tags: Bombakemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd