• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Lelaki Ceroboh DUN P.Pinang Didenda

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Lima belas lelaki masing- masing didenda RM1,500 setiap seorang atau penjara dua bulan dan seorang tertuduh didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Mei tahun lepas.

Mereka ialah Datuk Mohd Ridzwan Bakar, 54; Hisham Ahmad Sabri, 43; Afriz Mohd Noor, 36; Rosesarwandi Saad @ Yaacob, 33; Mohd Rizuad Mohd Azudin, 37; Hisham Abdul Hamid, 38; Mohd Nashrol Hisham Abdullah, 38; Azmeal Abu Bakar, 42;

Mohd Yusmadi Mohd Yusof, 34; Mohamad Hilmie Ibrahim, 37; Jasmin Noordin, 40; Nordin Wahab, 41; Mohamed Ghani Abd Jiman, 48; Wan Abidin Zain, 51; Mohamed Ibrahim A. Siahoo, 31; dan Wan Norazman Ariffin, 41.

Kesemua mereka mengaku bersalah hari ini di hadapan Majistret Catherine Nicholas selepas ditawarkan pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa menceroboh DUN itu pada 1.30 tengah hari, 21 Mei tahun lepas dengan niat hendak menggusarkan Setiausaha Dewan, M Maheswari.

Pada Jun tahun lepas, dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani dan 15 tertuduh pertama diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos manakala Wan Norazman diwakili peguam Rosli Ismail. – BERNAMA

Tags: adundenda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor tampil mempersoalkan siapakah pihak yang mengarahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri...

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan pendekatan politik yang diamalkannya dalam menyelesaikan masalah rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd