• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

137 Maut, Serangan Bom Berani Mati Di Masjid

oleh Ahmad Albab
21/03/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANAA/EDEN – Sekurang-kurangnya 137 jemaah maut dan beratus-ratus lagi cedera apabila sekumpulan pengebom berani mati melakukan serangan semasa solat Jumaat di dua masjid di Sanaa, ibu negara Yaman.

Serangan itu didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).

Seramai empat pengembom memakai tali pinggang diisi bahan letupan, mengadakan serangan di dalam dan sekitar masjid yang penuh dengan jemaah.

Agensi berita tempatan, Saba, melaporkan bilangan kematian adalah 137 orang dan 357 lagi cedera.

Keadaan hospital penuh sesak dan pegawai perubatan mengharapkan banyak penderma darah tampil bagi membantu sejumlah besar mangsa yang cedera.

Seorang wartawan Reuters di masjid Badr membuat pengiraan sekurang-kurangnya 25 mayat terbaring di jalan dan di dalam bangunan. Seorang mayat lelaki dilihat masih mendukung anaknya.

Masjid Badr merupakan salah satu daripada dua masjid yang diserang dua pengebom berani mati.

Dua lagi pengebom berani mati membuat serangan terhadap masjid kedua.

Seorang sumber pasukan keselamatan memberitahu Reuters bahawa seorang pengebom berani yang kelima sepatutnya menyerang sebuah masjid di wilayah Saada bagaimanapun maut ketika cuba melakukan serangan apabila bahan letupannya itu meletup lebih awal.

“Saya mahu pergi solat di masjid (Badr) dan saya mendengar letupan pertama, kemudian selepas itu mendengar satu lagi letupan,” kata seorang saksi kepada Reuters.

White House di Washington mengutuk insiden pengeboman itu dan berkata ia bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada pengebom berani mati itu mempunyai hubungan dengan kumpulan militan IS. – REUTERS

https://youtu.be/lSR-PFOwNeM

https://youtu.be/VmvtzTT91vs

Tags: Bommasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd