• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dadah, Vokalis Terra Rossa Didenda RM7,000

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Vokalis baharu kumpulan Terra Rossa hari ini didenda RM7,000 atau 18 bulan penjara setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dadah.

Majistret Zulyana Zollkapli turut memerintahkan Khairul Hizam Kaha, 39, berada dalam pengawasan polis selama dua tahun.

Vokalis yang lebih dikenali sebagai Jijam itu didakwa memiliki dadah Methamphetamine seberat 0.41 gram di kawasan Axis Astrium, Taman Cempaka, Ampang di sini pada 4.30 petang, 10 Dis tahun lepas.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, dia didapati menggunakan methamphetamine pada 7.15 malam, 29 Mei tahun lepas dan memasukkan dadah ke dalam badannya pada 6.30 petang, 10 Dis tahun lepas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya pada 6.30 petang.

Mahkamah turut memerintahkan Khairul Hizam membayar denda RM3,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan memiliki dadah manakala denda RM2,000 atau enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga.

Khairul Hizam, yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia hanya berniaga sendiri dan tiada pendapatan tetap selain perlu menyara tiga anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahannya. – BERNAMA

Tags: Artiskes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd