• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Reaksi Buruh Kanak-Kanak Makan McD Kali Pertama

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON India, Varun Pruthi menghasilkan satu video realiti yang merakam reaksi buruh kanak-kanak apabila dibawa menikmati hidangan di restoran makanan segera McDonalds buat kali pertama.

Walaupun tak dapat sembunyi keseronokan, ternyata kemiskinan telah mengajar kanak-kanak itu erti tanggungjawab apabila memberitahu, dia mahu membawa pulang sedikit makanan tersebut untuk adiknya di rumah.

Dia menyatakan terpaksa bekerja menjaja barangan di kali lima kerana ibunya sakit di rumah manakala ayahnya sudah tiada.

Ditanya mengapa tidak ke sekolah walaupun mampu menyebut beberapa perkataan Inggeris dengan baik, kanak-kanak itu menjawab, “Jika saya ke sekolah macam mana saya nak cari duit untuk makan?”

Ini bermakna, kanak-kanak sepertinya bukanlah mahu bekerja susah-susah begitu tetapi desakan hidup membuatkan mereka terpaksa mengerah keringat yang tak seberapa demi keluarga.

Justeru di akhir video Varun menitipkan pesanan:

“Sebelum menghakimi buruh kanak-kanak ini sedangkan anda duduk di atas kerusi selesa, bolehkah anda jawab soalannya ‘jika saya ke sekolah, macam mana saya nak cari duit untuk makan?””

Dianggarkan terdapat kira-kira 60 juta buruh kanak-kanak di India.

Kami mohon anda sebarkan video ini untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

Tags: Indiakanak-kanakvideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd