Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

AMK Bertegas Anwar Paling...

SHAH ALAM - Bayangkanlah jika logo rasmi pun tidak boleh sepakat, apatah lagi...

VIDEO: Remaja Mampu Lentur...

MENGGERUNKAN.. aksi seorang lelaki yang menghadiri ujibakat rancangan realiti popular Britain's Got Talent...

4 Jenazah Pelajar Tahfiz...

KUALA LUMPUR - Jenazah empat pelajar tahfiz yang terkorban dalam insiden kebakaran di...

Gegaran Kuat Ketika Taklimat...

RANAU - Taklimat tragedi gempa bumi Sabah yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan...

VIDEO: Kanak-Kanak 17 Bulan Dipaksa Berlari Atas Treadmill

TIDAK dinafikan ada ibu bapa yang kadangkala suka melihat anak-anak mereka melakukan aksi tidak sepatutnya kerana menganggap ia sesuatu yang melucukan.

Rakaman video yang mula viral di laman YouTube ini, antara contoh perbuatan ibu bapa yang kami kira agak melampau dilakukan terhadap anak yang masih kecil.

Ia menyaksikan seorang kanak-kanak berusia 17 bulan di China diarahkan oleh ibu bapanya supaya berlari di atas mesin treadmill yang sepatutnya digunakan oleh orang dewasa.

Si ayah berulang kali menyebut ‘cepat! cepat!’ manakala si ibu pula kedengaran berkata, ‘jangan buat ia terlalu laju’ sambil ketawa.

Di akhir video berdurasi 3:11 minit itu, si ayah akhirnya mengangkat anaknya selepas dia kelihatan sudah tidak mampu mengawal lariannya pada tahap kelajuan yang ditetapkan pada mesin tersebut.

Video tersebut mencetuskan perdebatan ramai pihak khususnya di kalangan netizen.


“Dia mungkin boleh cedera teruk jika terjatuh sewaktu berlari,” komen seorang penonton.

Pada masa sama, ada juga menganggap aksi kanak-kanak itu menakjubkan kerana mampu berlari sepantas itu.

Apapun, tepuk dada tanya selera kerana sebagai ibu bapa, kitalah yang menentukan baik-buruk sesuatu pilihan itu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=mNXov1QSEbA

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori