• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Berjudi Tak Butang Baju, Adun DAP Balakong Ke Tu..?

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA keping foto bertebaran di media sosial dan portal berita tempatan sejak beberapa hari lalu, memaparkan aksi seorang lelaki mirip Adun DAP Balakong sedang bermain judi.

Ia mengundang reaksi kecaman ke atas individu terbabit memandangkan statusnya sebagai ‘prominent figure‘.

BERKAITAN: ADUN DAP Kantoi Berjudi, Cara Hilangkan Penat Katanya…

Menerusi entri yang dimuatnaik di Facebook Friends of BN, pengendali turut memasukkan rakaman video yang dikatakan aksi individu tersebut sedang berjudi bersama beberapa lelaki lain yang tidak dikenali.

Portal The Rakyat Post pula melaporkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

judi_adun_dap

Dipercayai direkod menggunakan telefon bimbit, rakaman yang tersebar memaparkan lelaki yang memiliki susuk mirip Adun berkenaan sedang mengedarkan kad poker kepada beberapa individu lain dalam keadaan tidak membutangkan baju.

Sejumlah wang pertaruhan yang diletakkan di atas meja, turut kelihatan dalam rakaman tersebut.

Sebuah akhbar Cina tempatan melaporkan, Adun berkenaan mengaku beliau telah melihat foto-foto yang tersebar itu namun memutuskan untuk tidak memberi sebarang ulasan lanjut.

Dalam laporan sama, turut disiarkan komen Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai yang berkata, aktiviti perjudian sememangnya tidak patut dilakukan di mana-mana pejabat parti itu.

Namun demikian, Kok Wai enggan mengulas lanjut tentang isu berkenaan kerana belum melihat sendiri gambar-gambar itu.

Hm, itu jika melibatkan beberapa keping foto sahaja.

Kini bila video pula sudah tersebar maka kami pasti, mahu tak mahu Adun berkenaan perlu membuka mulutnya untuk memberikan penjelasan.

Jika sebelum ini beliau memberikan alasan ‘langsung tidak ingat bila kejadian ini berlaku’ maka jika menonton video ini diharapkan ingatannya akan pulih kembali.

Untuk rekod seorang Adun DAP di Perak turut terpalit kontroversi sama apabila gambarnya sedang berjudi di sebuah kasino di Genting Highlands tersebar sebelum ini.

Adun terbabit bagaimanapun mempertahankan diri dengan menjawab, perlakuannya itu sekadar suka-suka untuk hilangkan tekanan selepas penat bekerja.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: adunDAPJUDIkontroversi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih Selamat, Lebih Baik, Lebih Berintegriti Berkawan Dengan DAP Daripada Parti Cina Mereka – PMX Anwar

Lebih Selamat, Lebih Baik, Lebih Berintegriti Berkawan Dengan DAP Daripada Parti Cina Mereka – PMX Anwar

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - "Lebih selamat, lebih baik, lebih berintegriti berkawan dengan DAP daripada parti Cina mereka" Demikian penegasan Perdana Menteri,...

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

Kit Siang Berjasa, Bawa Perubahan Di Johor – DAP

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Johor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018 antaranya kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd