Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Melaka Rampas 6,000...

MELAKA - Pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka...

JDT, Borussia Dortmund Tandatangani...

PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) memuktamadkan kerjasama dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund melalui...

Data Lebih 530 Juta...

WASHINGTON - Gergasi platform media sosial Amerika Syarikat (AS), Facebook menyatakan data lebih...

Jamal Abdillah Sah Kahwin...

“YA, saya sudah bernikah,” kata penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 58, mengenai dakwaan...

UPM Perbaiki Kedudukan Universiti Ke-420 Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperbaiki kedudukan daripada kedudukan ke-510 kepada kedudukan ke-420 universiti terbaik dunia menerusi ‘Ranking Web of Universities’ (Webometrics Ranking) yang dikeluarkan pada bulan lalu.

Kedudukan itu sekali gus menyaksikan UPM berjaya melonjakkan kedudukan sebanyak 90 anak tangga selain melepasi kedudukan institusi pengajian tinggi (IPT) ke-1,000 terbaik dunia sejak tahun 2009.

Universiti Sains Malaysia (USM) pula berada pada kedudukan kedua ke-480 diikuti Universiti Teknologi Malaysia ke-552, Universiti Malaya (UM) ke-646 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke 815.

Webometrics Ranking menilai lebih 20,000 IPT di seluruh dunia termasuk 89 dari Malaysia iaitu 20 IPT awam dan 69 IPT swasta.

Webometrics adalah sistem penarafan di mana laman web dan visibiliti digunakan sebagai indikator untuk mengukur prestasi universiti oleh Cybermetrics Lab Majlis Penyelidikan Negara Sepanyol (CSIC).

Penilaian berdasarkan empat indikator utama penarafan web universiti iaitu ‘ kesan, kehadiran, keterbukaan dan kecemerlangan yang dikeluarkan setiap enam bulan pada Januari dan Julai setiap tahun.


Semua indikator itu mengambil kira komitmen universiti terhadap pengajaran, hasil penyelidikan, prestij antarabangsa, rangkaian dengan komuniti termasuk industri dan ekonomi.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan dalam satu kenyataan berkata, UPM turut cemerlang apabila mengungguli kedudukan tempat pertama IPT terbaik di Malaysia dalam ranking itu.

“Sebelum ini UPM berada pada kedudukan kedua dalam ranking itu bagi IPT di Malaysia. Ini kali kedua UPM berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan IPT di Malaysia selepas kali pertama pada Januari 2012,” katanya.

Kata beliau, UPM turut berada pada kedudukan ke-76 IPT terbaik di Asia sekali gus memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-97 dalam edisi Julai 2014. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • UPM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori