• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UiTM Nafi Mangsa Kelar Diculik Dari Kawasan Kampus

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pelajarnya di cawangan Permatang Pauh, Pulau Pinang diculik dari kawasan kampus sebelum dikelar di leher oleh teman lelakinya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said berkata mangsa Nursyuhada Johari telah bertemu dengan suspek di luar kawasan kampus sebelum mangsa dengan suka rela masuk ke kenderaan suspek dan bergerak ke lokasi lain.

“Mangsa tidak diculik di dalam kawasan kampus seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Menteri Mentor UiTM bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Semalaysia 2014/2015 di sini hari ini.

Sementara itu, Abdullah berkata pihak UiTM telah menghubungi keluarga mangsa bagi membantu urusan jenazah.

Semalam, Nursyuhada yang dikelar suspek di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, dekat Taiping telah terjatuh atas lebuhraya.

Mangsa yang dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan telah bertarung nyawa selama dua jam dan meninggal dunia kira-kira 2.00 petang. – BERNAMA

Tags: kelarUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

10/06/2025
0

TANGKAK: Penganggur yang ditahan selepas disyaki mengelar leher isterinya hingga mati minggu lalu serta melakukan khianat dengan api terhadap keluarga mentua, akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd