• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Berjam-Jam Disemadikan, Pusara TGNA Terus Dikunjungi

oleh AK-47
15/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS lebih tujuh jam jasad bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di Kota Bharu, Kelantan pusaranya masih dikunjungi orang ramai.

Tanda memperlihatkan betapa pemergian Allahyarham mengejutkan dan menyentuh hati begitu ramai orang di negara ini.

Diyakini, pusara beliau pastinya akan terus dikunjungi orang ramai untuk tempoh yang lama.

Allahyarham Nik Abdul Aziz dikebumikan pagi tadi di sebelah kubur bapanya, Allahyarham Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia 40 tahun lalu.

BACA – Jenazah Nik Abdul Aziz Dikebumikan Sebelah Pusara Bapa 

Pusara Mursyidul Am PAS itu ditandakan dengan dua batang pokok puding yang ditanam oleh anaknya Nik Mohamad Abduh selepas selesai jenazah dikebumikan.

Nik Abdul Aziz kembali ke rahmatullah malam tadi pada pukul 9.40 malam di rumahnya di Pulau Melaka.

Awalnya, pada malam semalam juga beliau dibawa pulang ke rumah dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Allahyarham mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 19 Januari lalu kerana penyakit barah.

– MYNEWSHUB.CC

Jenazah Nik Abdul Aziz Diturunkan Ke Dalam Liang Lahad

Tags: KelantanNik Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd