• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Tomok, 31, dan isteri, Siti Rahayu Abas bakal dikurniakan cahaya mata lelaki kedua yang dijangka dilahirkan minggu hadapan.

Pasangan yang berkahwin pada 1 Julai 2012 ini sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki, Arrian Shah Akid yang kini berusia dua tahun.

“Tiada apa yang saya harapkan melainkan anak yang bakal dilahirkan dan isteri saya dalam keadaan sihat,” kata Tomok semasa ditemui pada majlis pelancaran runut bunyi bagi filem Isyarat Cinta di Restoran Rebung, di sini hari ini.

Mengulas tentang persiapan untuk bayi barunya, Tomok berkata, perasaannya saling tak tumpah seperti pertama kali menimang anak sulungnya dahulu.

“Oleh kerana anak kedua saya juga lelaki, jadi saya dan isteri akan berikan baju-baju lama Arrian kepadanya yang masih elok untuk dipakai.”

“Selain itu, sudah tentu kami ada membeli kelengkapan lain yang serba baru,” tambahnya lagi yang sudah menyediakan beberapa nama sesuai untuk diberikan kepada putera keduanya itu nanti.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut berkongsi cerita yang anak sulungnya itu kini seakan-akan mengerti dia bakal dikurniakan seorang adik apabila kini  dia cepat merajuk serta sering membuat pe’el bagi menagih perhatian daripada kedua ibu bapanya.

Arrian juga boleh diibaratkan sebagai salah seorang anak selebriti yang paling popular di laman Instagram apabila setiap kali post mengenainya dikongsikan di media sosial, pasti tinggi sekali jumlah ‘like’ yang diterimanya.

Anak sulung Tomok itu juga dikagumi ramai peminat di luar sana yang mengatakan Arrian seorang kanak-kanak yang bijak apabila Tomok rajin berkongsi video pembelajaran anaknya itu.

“Saya takdelah ajar dia banyak sangat, isteri sayalah yang mengajar Arrian sebab dia tidak bekerja.  Arrian pun banyak tengok program kanak-kanak.

“Benda-benda macam ini saya share secara tidak langsung bagi ibu bapa input mengenai anak-anak.  Kita berkongsi, bagi saya takde masalah benda itu,” kata Tomok yang mengatakan dia tidak akan mewujudkan sebarang instagram khas untuk anak-anaknya seperti mana selebriti-selebriti lain sebelum ini.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh: SARA KHALID & JULIANA JOHAR

Foto/Video:  RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=DHIRCqixUOM&feature=youtu.be

Tags: pelakonTomok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd