• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarian Zapin Penyatu Hubungan Rakyat Di Nusantara

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seni tarian zapin berupaya menjadi elemen penyatu hubungan antara rakyat di rantau nusantara, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata, penyertaan peserta dari Indonesia dalam Festival Zapin Borneo (FZB) 2015 bukti seni tari berkenaan dapat menimbulkan perasaan akrab dan kesatuan yang mendalam.

“Saya difahamkan ini adalah kali ketiga penganjuran festival FZB dan penyertaan bukan sahaja datang dari negeri ini tetapi juga negara jiran dan ia sangat membanggakan.

“Penyertaan peserta dari negara jiran dalam festival seperti ini sangat dialu-alukan dan memang tidak dapat dinafikan ia dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat kedua-dua negara,” katanya pada Majlis Perasmian FZB 2015 yang berlangsung di perkarangan Padang Perbandaran Tawau, di sini, malam tadi.

Menurut Tawfiq seni tari berkenaan perlu dipertahan dan dikekalkan bukan sahaja bertujuan sebagai hiburan semata-mata tetapi warisan yang mempunyai nilai tersendiri.

“Oleh itu masyarakat terutamanya generasi muda perlu menghayati bait-bait lirik dan seni tarian zapin kerana ia mengandungi nasihat, pedoman dan panduan yang boleh dicontohi.

“Kita kena pastikan generasi muda tidak melupakan budaya zaman berzaman ini sebaliknya memanfaatkannya untuk mengukuh tali silaturahim sesama sendiri,” katanya.

Pada festival itu, Kumpulan Kaswari dari Kota Kinabalu mempertahankan kejuaraan apabila mucul sebagai Johan kali ke-2 berturut-turut dan tempat ke-2 dimenangi Kumpulan Sanggar Bedewa dari Nunukan, Indonesia manakala Kumpulan Irama Zapin 1Malaysia dari Tawau menduduki tempat ketiga. – BERNAMA

Tags: Tarian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Tarian Minta Maaf

01/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Penganjur Perak MUDA  (MUDA) Medalist Dancesport Competitions 2019 and 7th Perak Show Dance Champonships 2019 mengakui tidak memaklumkan mengenai...

Macam Kera Kena Belacan – Hadi Ulas Isu Tarian Tular

24/01/2019
0

SINIS... Datuk Seri Abdul Hadi Awang membanding tingkah laku individu berprofil tinggi bidang kehakiman di pentas baru-baru ini boleh diibarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd