• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harum Manis Lebih Lazat Jika Ditanam Dalam Rumah Hijau

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menggalakkan pengusaha tanaman mempelam Harum Manis mengamalkan kaedah penanaman dalam rumah hijau tidak lama lagi.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata kaedah itu terbukti berjaya melalui projek kaji selidik (R&D) yang dilaksanakan UniMAP di Sungai Chuchuh di sini sejak empat tahun lepas.

“Projek percubaan ini yang menggunakan baja organik menghasilkan pendapatan sehingga dua kali ganda berbanding kaedah tanaman terbuka manakala buahnya lebih manis dan berkualiti serta bebas racun serangga.

“Dalam rumah hijau, kita dapat mengawal makhluk perosak, suhu, cuaca dan angin. Faktor-faktor ini memberi kesan terhadap produk yang hendak dihasilkan,” kata Kamarudin kepada pemberita selepas melawat projek tersebut, hari ini.

Beliau berkata sebuah rumah hijau seluas setengah ekar cukup untuk ditanam dengan 217 pokok, dan boleh digunakan selama lapan hingga 10 tahun iaitu membabitkan kos RM200,000.

“Pengusaha dijangka mendapat kembali pelaburan mereka pada tahun ketiga atau keempat dengan penggunaan teknik yang betul,” kata Kamarudin dan menambah UniMAP bersedia berkongsi pengalaman dengan pengusaha yang berminat.

Menurutnya sebanyak 30 rumah hijau yang dibina di Sungai Chuchuh mula mengeluarkan buah berkualiti premium untuk dieksport ke Korea dan Jepun yang mendapat permintaan tinggi.

“Projek ini adalah transformasi pertanian selaras usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi,” tambah beliau.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin berkata sekumpulan penyelidik UniMAP menghasilkan produk sampingan dinamakan ‘MeeGo’ yang mempunyai kalori dan kabohidrat lebih rendah berbanding mee biasa yang dibuat daripada kulit dan biji mempelam.

Katanya MeeGo mempunyai kandungan fiber lebih tinggi kerana ia mengandungi 10 peratus tepung yang dihasilkan daripada kulit dan biji mempelam Perlis Shunsine (Sala) dan Harum Manis.

“UniMAP dalam proses membawa MeeGo yang tidak menggunakan pewarna dan pengawet sebagai ganti pasta dan mee ke pasaran tempatan serta percubaan di Jepun dan Korea,” kata Kamarudin.

Sementara itu, wakil kumpulan penyelidik MeeGo, Noor Shazliana Aizee Abidin berkata mereka mengambil masa lima tahun membuat penyelidikan bagi menghasilkan tepung daripada kulit dan biji mempelam.

“Kandungan antioksida dan fiber yang tinggi dalam MeeGo mampu bertindak baik sebagai antikanser, antidiabetik dan antiobesiti,” katanya sambil manambah ia dijual pada harga RM4 sebungkus seberat 230 gram. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

Apakah Najib Bebas Penjara Minggu Depan?

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR — Dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dibebaskan dari penjara minggu depan atau bulan...

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd