• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suruhanjaya Pilihan Raya Terima 56 Bantahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini menerima sebanyak 56 bantahan termasuk daripada lima parti politik terhadap syor kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya negeri.

Ini adalah jumlah bantahan yang diterima, sehingga 2.30 petang hari ini, dua jam sebelum tempoh bantahan berakhir pada 4.30 petang hari ini, kata Timbalan Pengarah SPR negeri, Nelson Brian kepada pemberita di sini hari ini.

Parti-parti politik yang mengemukakan bantahan hari ini ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan empat bantahan dan syor, PKR (11), Parti Rakyat Sarawak (satu) dan Parti Pekerja Sarawak (satu).

Semalam, DAP Sarawak yang diketuai oleh pengerusinya Chong Chieng Jen mengemukakan lima bantahan dan syor yang dua daripadanya adalah dari Lanang dan
Sibu.

Nelson bagaimanapun berkata SPR belum membuat keputusan mengenai tarikh bagi mendengar aduan-aduan berkenaan.

Pada Isnin, Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata SPR akan menetapkan tarikh bagi mendengar aduan-aduan itu seperti ditetapkan di bawah Seksyen 5 Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: SPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd