• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategic Marine Lancar Bot Kru ‘Jati Seven’

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Strategic Marine, syarikat kejuruteraan dan pembinaan kapal, hari ini melancarkan ‘Jati Seven’, bot kru luar pesisir pertamanya yang dibina untuk Dinastia Jati, kumpulan perkhidmatan minyak dan gas terkenal.

Dalam satu kenyataan di sini, Strategic Marine yang beroperasi di Singapura, Australia Barat dan Vietnam, berkata Jati Seven merupakan siri pertama tiga kapal generasi ketiga yang dibina untuk Dinastia Jati.

Jati Seven juga menjadi penanda aras baharu bagi bot kru yang paling efisen di pasaran bagi kelasnya.

Kapal generasi ketiga itu mempunyai kelebihan dalam kapasiti muatan kargo dan kecekapan bahan api.

“Kapal ini menandakan satu perkembangan penting dalam reka bentuk dan pembinaan kumpulan bot kru kami dan menunjukkan hubungan kukuh dengan Dinastia Jati serta keseluruhan pasaran bot kru Malaysia,” kata Ketua Pembangunan Perniagaan Kumpulannya Reece Newbold.

Secara dasarnya, Strategic Marine terlibat dalam sektor luar pesisir, menghasilkan bot kru berkualiti tinggi, kapal sokongan, feri penumpang dan bot ronda berkelajuan tinggi di limbungan di Singapura dan Vietnam.

Sejak ditubuhkan pada 2001, syarikat telah membina dan menyerahkan lebih 600 kapal kepada pelbagai pelanggan dalam sektor maritim, luar pesisir dan pertahanan laut. – BERNAMA

Tags: bot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Juragan Asing Bawa Bot Tamat Tempoh Di Kudat Dicekup

04/12/2018
0

KUDAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat hari ini menahan seorang lelaki warga asing bersama sebuah bot nelayan dengan lesen...

Penggunaan Bot Pam Masih Diteliti – Polis Sabah

25/09/2018
0

KOTA KINABALU - Isu penggunaan bot pam di perairan Sabah khususnya di pantai timur negeri itu masih diteliti oleh kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd