PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan dirinya wanita ketiga terkaya di Malaysia selepas sebuah laman web menyenaraikannya bersama empat wanita lain yang didakwa terkaya di Malaysia.
Mynewshub juga pernah menyiarkan artikel berkaitan, yang turut menyenaraikan pelakon Hollywood kelahiran Malaysia Datuk Michelle Yeoh berada di kedudukan kedua dan atlet skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David di tempat kelima.
Siti menyatakan beliau terkejut dengan dakwaan tersebut kerana ianya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keselamatan dirinya.
“Saya terkejut dengan laporan tersebut. Walau macam mana pun, saya berdoa untuk bergelar seorang wanita terkaya. Itu impian dan cita-cita. Belum lagi sampai ke tahap itu tapi sedang berusaha ke arah itu.
“Andaian mereka itu membuatkan keadaan jadi berbeza, dari segi keselamatan. Iyerlah, saya faham kadang-kadang mereka menggambarkan yang hebat-hebat tetapi realitinya biasa-biasa sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.
Dengan kejayaan selama 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, rasanya memang layak dah Siti pegang gelaran jutawan yang berjaya dalam bidang nyanyian.
Ternyata Datuk Siti merupakan one of a kind!ÂÂ
Sehingga kini rasanya tak jumpa lagi pengganti yang sehebat dan berada di kelasnya yang tersendiri seperti anak kelahiran Pahang ini. Betul tak?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHAR

