• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Guru, 3 Pelajar Cedera Di Kuala Lipis

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LIPIS – Seorang guru dan tiga pelajar cedera apabila kereta yang mereka naiki terlanggar bongkah simen sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 pagi semalam di kilometer 5 jalan Lipis-Benta berhampiran Kampung Binjai di sini.

Menurutnya, kereta jenis Toyota Camry yang dipandu guru berkenaan, Azaman Aziz bersama tiga pelajar iaitu Nor Syamira Che Ibrahim, 17; Ainun Najihah Bahari dan Nor Atirah Zaira masing-masing berusia 13 tahun sedang dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangsa menghala ke Benta.

“Sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh Azaman telah terlanggar bongkah simen yang terdapat di laluan berkenaan sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan serta terbalik,” katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, Azaman yang juga Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah terbabit mengalami kecederaan di bahagian badan.

“Selain itu, Nor Syamira yang merupakan pelajar Tingkatan 5 mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang manakala Nor Atirah yang juga pelajar Tingkatan 1 patah tangan.

“Seorang lagi mangsa, Ainun Najihah pelajar tingkatan 1 sekolah berkenaan kecederaan retak jari kanan,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa telah dihantar ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mengetahui tentang kejadian berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di talian 093122222 untuk membantu siasatan.

Difahamkan kesemua mangsa dalam perjalanan untuk pertandingan bola baling Majlis Sukan-sukan Daerah. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=1sxFECdRyEc

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd