Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Jerebu Cecah IPU 500...

BEIJING - Ibu negara China terus diselubungi kabus asap atau jerebu yang tebal...

PPSMI: Kerajaan Akan Buat...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung perlaksanaan dasar Pengajaran dan...

Agenda Kelestarian Antara Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Agenda kelestarian akan menjadi antara tumpuan khusus dalam Belanjawan 2021 dengan pengumuman penting mengenainya akan...

Gempa Bumi 6.3 Skala...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda...

Semua mangsa Banjir Di Miri & Bintulu Dibenar Pulang

KUCHING – Enam puluh orang mangsa banjir daripada 13 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Miri dan Bintulu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Daripada jumlah itu, 24 mangsa berkenaan sebelum ini ditempatkan di pusat pemindahan di Balai Raya Sebauh, Bintulu manakala 36 orang lagi di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong, Miri.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Sarawak, mangsa mulai pulang ke rumah masing-masing sekitar jam 2 petang setelah pihak berkuasa mengesahkan keadaan di rumah mereka selamat apabila air banjir surut sepenuhnya.

Bagaimanapun, katanya, sebuah pusat pemindahan baharu dibuka di Tadika Ceria Nanga Maras Budu, Seratok dalam Bahagian Betong petang ini.

“Seramai 75 mangsa membabitkan lapan keluarga dari Rumah Ali Kerangan Tinggi, Ulu Krian mula dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan jam 3.30 petang tadi,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori