• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Perlu Lebih Terbuka Lapor Kes Jenayah Pelajar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah digesa lebih terbuka dalam melaporkan sebarang kes jenayah melibatkan pelajar kepada pihak polis.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata sehubungan itu, bukan reputasi sekolah yang patut dijadikan keutamaan, sebaliknya disiplin dan keselamatan pelajar secara keseluruhan.

“Jangan hanya nak menjaga nama…perlu jujur. Jikalau terdapat masalah (juvana) di sekolah, rujuk kepada pihak polis sebelum keadaan jadi lagi buruk,” katanya dalam sidang media selepas berucap pada Kempen Cegah Jenayah 2015 di sini, Khamis.

Kempen sehari anjuran MCPF dengan kerjasama Kolej Cybernetics itu menempatkan antara lain pameran Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Lee berkata statistik kes jenayah juvana pada tahun lepas dari Januari sehingga Oktober membimbangkan, dengan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tempoh sama 2013.

“Dari segi tangkapan, sebanyak 8,015 dibuat untuk tempoh sama tahun lepas berbanding 6,802 pada 2013,” katanya.

Beliau berkata peningkatan trend ini turut melibatkan kanak-kanak seawal umur 12 tahun berkecimpung dalam aktiviti jenayah, termasuk penyalahgunaan dadah, perjudian dan gejala sosial.

Lee turut menyuarakan kebimbangan mengenai statistik jenayah melibatkan pelajar sekolah meskipun ia sedikit menurun iaitu 1,916 kes bagi tempoh Januari hingga Oktober pada 2014 berbanding tempoh sama pada 2013, iaitu 2,162 kes.

Mengenai kesedaran awal kepada pelajar, beliau berkata MCPF bercadang menubuhkan lebih banyak kelab cegah jenayah di peringkat sekolah di seluruh negara.

Beliau berkata sehingga kini, hampir 80 peratus sekolah rendah dan menengah atau sebanyak 6,467 telah menubuhkan kelab berkenaan seluruh negara.

Dalam perkembangan sama, Lee berkata MCPF turut berhasrat merujuk Kementerian Pendidikan untuk mencadangkan agar guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling ditambah di setiap sekolah bagi mengawasi disiplin dan masalah pelajar. – BERNAMA

Tags: Jenayahpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd