• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23,406 Warga Tua Anggotai Pusat Aktiviti Warga Emas

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sejumlah 23,406 warga tua di seluruh negara mendaftar sebagai anggota di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) setakat Oktober tahun lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata berikutan sambutan yang amat menggalakkan itu, pihaknya akan menubuhkan lima lagi PAWE pada tahun ini, dan lokasinya akan dikenal pasti kemudian.

“Pelbagai aktiviti dan kemudahan warga emas telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak kerajaan dan sektor swasta. Ketika ini, terdapat 45 PAWE di seluruh negara,” katanya dalam ucapan pada majlis Karnival Hari Warga Emas, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Rusnah Kassim.

Selain itu, beliau berkata jawatankuasa PAWE mempunyai perancangan lebih besar di masa depan bagi menjadikan PAWE (UTC) Perak sebagai antara yang terbaik dan memberi manfaat kepada warga emas.

“PAWE UTC Perak mendapat sambutan yang sangat baik dan di luar jangka di kalangan warga emas di sekitar bandaraya Ipoh. Purata kehadiran ahli PAWE di sini sehari adalah 80 orang dan sebulan seramai 2,100 orang,” katanya.

Rohani berkata menurut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang dijalankan tahun 2010, warga emas merupakan 2.3 juta orang atau 7.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk iaitu 28.3 juta.

Menurutnya, peratusan penduduk warga emas di Perak merupakan yang tertinggi iaitu 11 peratus berbanding negeri lain.

“Bilangan penduduk warga emas di negeri Perak adalah seramai 274,006 orang berdasarkan bancian penduduk daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=NXXFKpchFv8

Tags: Rohani Abdul Karimwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd