• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Susun Semula Operasi Bahagian Berita Ehwal Semasa

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyusun semula operasi di Bahagian Berita Ehwal Semasa khususnya di Unit Pemberitaan TV bagi memantapkan lagi proses pemberitaan berkuat kuasa 1 Feb lepas.

Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM Wan Bukhari Wan Daud berkata penyusunan itu adalah proses biasa penstrukturan semula dalaman bagi memudahkan proses pemberitaan terutama dalam agihan petugas.

“Dalam proses penyusunan itu, wartawan diletakkan di Meja Am yang merangkumi wartawan jenayah, mahkamah, hiburan, bencana, Parlimen, Putrajaya dan Selangor.

“Sehubungan itu, tidak timbul soal meja jenayah dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberi penjelasan berhubung laporan blog berita ‘semutharian’ mengenai berita RTM.

Menurut laporan blog itu pada 18 Feb lepas, sejak awal bulan ini, bilik berita RTM di Angkasapuri telah “menutup” meja jenayahnya yang terdiri daripada tiga jurukamera dan lima orang wartawan.

Bagi liputan jenayah, Wan Bukhari berkata ia berjalan seperti biasa dan dibuat berdasarkan nilai berita.

“Liputan itu juga tidak semestinya dilaksanakan oleh jurukamera sambilan tetapi boleh dilakukan oleh jurukamera tetap.

“Bagi liputan-liputan tertentu, terutama yang memerlukan kesegeraan, prosedur yang ditetapkan, boleh dikecualikan tetapi perlu mendapat kelulusan Ketua Pemberita,” katanya.

Menurutnya, langkah penyusunan semula dan pemantapan prosedur liputan, pemantauan lebih rapi dan pengagihan tugas dilihat lebih adil. – BERNAMA

Tags: RTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sabah Lepasi Sasaran Syarikat Daftar GST – Kastam

Next Post

Elizabeth Tan 100 Peratus ‘Anak Cina’ Tapi Tak Faham Mandarin

Related Posts

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

05/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), susulan isu...

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

11/05/2024
1

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan disiarkan secara...

Next Post

Elizabeth Tan 100 Peratus 'Anak Cina' Tapi Tak Faham Mandarin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd