• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rozita Rohaizad Akan Bawa Lagu Rap Kenek-Kenek

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Rozita Rohaizad akan membawa lagu rentak Rap pada Festivall Pelbagai Budaya Nasional Canberra 2015 selama dua hari bermula 13 Feb ini.

Anak seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail berkata ia satu cabarang memandangkan bukan mudah untuk membawa lagu Rap memandangkan beliau memiliki suara yang lembut, namun menyahut cabaran itu bagi membuktikan dirinya penyanyi serba boleh.

Rozita berkata lagu lagu versi rap ‘Kenek-Kenek’ itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.

“Saya beraksi dalam kategori melibatkan konsep persembahan ‘Flavour of Malaysia’ meliputi lagu-lagu berentak tradisional seperti Joget Budaya, Kenek-Kenek, Manusia dan Jelingan Manja.

“Persembahan selama 30 minit akan diiringi oleh kumpulan penari terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Canberra, Melbourne dan Sydney,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rozita berkata tujuan festival itu bagi mempamerkan pelbagai bentuk kebudayaan dari seluruh dunia.

“Saya mengikuti jejak langkah mama (ibu saudaranya Allahyarhamah Seniwati Saloma) yang pernah menyanyi di Australia pada 1958, jadi saya tak sangka akan mengikuti jejak arwah mama ke negara yang sama,” katanya yang bakal mengayakan dua busana tradisional rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek.

Mengulas mengenai pemilihannya ke Canberra, Rozita berkata dia menghantar portfolio mengenai penglibatannya dalam seni suara kepada pihak yang menguruskan dirinya di Australia sebelum terpilih mewakili Malaysia dalam festival tersebut.

Rozita terlibat dalam arena seni suara sejak 1978 dengan komposer Ahmad Nawab banyak menaikkan namanya dalam industri seni melalui lagu-lagu ciptaannya.

Antara album lagu yang pernah dihasilkan beliau ialah Hari Yang Kunantikan Kekal Abadi, single Kenek-Kenek serta single lagu hari raya berjudul Raikan Lebaran. – BERNAMA

http://youtu.be/WZskgw_xzI0

Tags: Artis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd