• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Rosyam Nor Nafi Bade Hj Azmi Milik Eksklusifnya

oleh AK-47
10/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerbit dan pelakon, Datuk Rosyam Nor menafikan pengarah Bade Azmi merupakan hak eksklusifnya memandangkan Bade banyak terlibat dalam penerbitan filem dan drama terbitan syarikatnya sebelum ini.

“Sebenarnya saya dengan Bade sudah lama berkawan, filem-filem bertemakan cinta dan keagamaan saya bagi kepercayaan kepada Bade untuk mengarahkan.

bade
Pengarah filem Isyarat Cinta, Bade Azmi

“Dia bukan milik eksklusif saya tetapi kawan yang eksklusif dengan saya,” katanya dalam nada berseloroh ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Muzik Video filem Isyarat Cinta, Tak Harus Memiliki nyanyian Tomok, di sini hari.

Selesa bekerjasama dengan Bade, Rosyam sekali lagi bakal memberikan tugasan pengarah buat rakan baiknya itu menerusi filem keagamaan Appointment With Allah yang bakal direalisasikan pada masa hadapan.

Selain Appointment With Allah, RK Screen juga bakal menerbitkan filem Rempit Sampai Langit yang akan diarahkan oleh Silver Chung.

Isyarat Cinta merupakan filem terbitan syarikat Rosyam, RK Screen yang menampilkan lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Mac depan.

Bercakap mengenai keserasian tiga pelakon utama filem tersebut, Rosyam menyatakan kepuasannya dalam melihat hasil kerja naskhah terbaharu terbitan syarikatnya itu.

“Sebagai produser, keserasian pelakon-pelakon sangat baik, saya mudah bekerjasa dengan mereka, Adi Putra, Fizo Omar, Liyana Jasmay dan saya lihat ada sesuatu bakat yang belum keluar daripada jiwa mereka dan untuk Isyarat Cinta ni kalau anda nak lihat, inilah lakonan hebat mereka yang anda belum saksikan,” katanya.

Dalam pada itu, RK Screen dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) telah bekerjasama menganjurkan satu majlis tayangan amal perdana filem Isyarat Cinta bagi mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Majlis tersebut bakal diadakan pada 4 Mac ini bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara yang mana penonton berpeluang menjadi antara yang terawal menonton filem tersebut sambil membuat kebajikan.

Peminat hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM100 bagi menonton filem tersebut bersama barisan pelakonnya, sambil berhibur anda juga boleh menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Isyarat Cinta mengisahkan percintaan tiga segi di antara gadis cacat penglihatan (lakonan Liyana Jasmay) dengan seorang jejaka cacat pendengaran (Adi Putra) dan orang ketiga lakonan Fizo Omar.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tayangan amal perdana ini anda boleh menghubungi ejen jualan yang dilantik WHAM bagi tujuan tersebut di talian 012-2578884 (Amie) dan 017-2429699 (Bohari). – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=H1Hqgmk8hG8&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=tbljGpk_SIo

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd