Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Shila Amzah ‘Sentap’ Tak...

ANUGERAH Meletop 2017 (AME 2017) yang berlangsung Ahad lalu telah pun menobatkan Fattah...

Jerebu: Malaysia Hantar Surat...

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah melaksanakan tindakan susulan dengan Indonesia berhubung masalah jerebu rentas...

MENARIK: 11 Bahan Makanan...

Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak...

Juruterbang Maut Akibat Cedera...

IPOH - Juruterbang yang maut dalam nahas pesawat ringan di Jalan Sultan Nazrin...

Rosmah Sampaikan Bantuan Pasca Banjir Di Kemaman

KEMAMAN – Persekitaran Sekolah Kebangsaan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Seberang Tayor dekat Air Putih di sini yang biasanya sunyi hari ini bertukar meriah apabila dikunjungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menyampaikan bantuan pasca banjir kepada warga sekolah berkenaan.

Ketibaan Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) pada 11.40 pagi disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria serta pimpinan tertinggi kerajaan negeri bersama-sama isteri masing-masing.

Turut serta dalam rombongan itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman merangkap Timbalan Yang Dipertua BAKTI dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar selaku Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Pahang.

Sejurus tiba, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan rombongan dibawa melawat galeri pameran bencana banjir yang melanda akhir tahun lalu dan disusuli taklimat oleh Pegawai Daerah Kemaman, Datuk Mustafar Khalid.

Bantuan BAKTI dan PPPM ialah set alat tulis dan pakaian seragam sekolah untuk murid sekolah itu dan barangan untuk 20 guru dan tiga kakitangan sekolah terbabit.

PPPM sebelum ini telah menyampaikan bantuan bernilai RM1.33 juta kepada 69 sekolah yang terjejas banjir di Terengganu merangkumi 29,257 murid sekolah rendah dan menengah serta 3,080 orang guru dan 541 kakitangan sokongan.

Dalam lawatan ke Kemaman hari ini, BAKTI turut menyampaikan bantuan baju T, kain pelikat, kain batik, sejadah, telekung dan tuala yang bernilai RM190,000 kepada 2,000 keluarga yang terlibat dengan bencana alam itu.

Setelah kira-kira sejam meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir berkenaan, Rosmah dan rombongan kemudiannya ke Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor untuk menyampaikan sumbangan kepada lebih 100 keluarga mangsa banjir kawasan itu.


Setiap keluarga menerima barang kebersihan diri dan wang tunai RM1,000 iaitu masing-masing RM500 daripada Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan negeri.

Selain Bakti dan PPPM, bantuan turut disumbangkan oleh Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia dan beberapa syarikat antaranya Gamuda Berhad, Sunway Group, YTL Corporation Berhad, Yayasan Albukhary, Berjaya Corporation Berhad, Malaysia Resources Corporation Berhad, Permata dan Pasaraya Giant.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Gayah Abdul Rahman, 65, ketika ditemui, berkata meskipun banjir telah berlalu, namun kehadiran isteri perdana menteri dan rombongan untuk menyampaikan bantuan sedikit sebanyak meringankan beban warga kampung.

“Tak kisahlah sumbangan diterima lambat atau cepat, janji mereka turun padang melawat dan kami sudah cukup berbesar hati. Saya tidak sangka dapat berjumpa dengan beliau (Rosmah) dan menerima barangan daripada tangan datin seri sendiri,” katanya yang juga Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita Felda kawasan itu.

Guru Besar sekolah itu, Mohd Rozi Hamid, berkata kedatangan isteri perdana menteri dan pemimpin tertinggi negara menyuntik semangat mereka untuk terus memberi khidmat terbaik dalam mendidik anak bangsa agar terus menjadi generasi pelapis yang cemerlang.

“Saya mewakili 20 orang guru, tiga kakitangan dan 178 murid termasuk prasekolah sangat bersyukur dan gembira di atas pelbagai bantuan yang diberikan kepada kami,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori