• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rindu… Walau ‘Pergi’ Baru Sehari – Tuan Sabariah

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

53 TAHUN terjalinnya ikatan perkahwinan dengan bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tentulah isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak merupakan insan paling merasai kehilangan figura itu.

Sehari selepas pemergian suami, Tuan Sabariah mengakui dia berasa amat rindu.

“Kini anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya.

“Walaupun baru sehari, saya mengakui sangat merindu beliau,” ujar wanita tabah itu dalam satu wawancara khas bersama akhbar Sinar Harian.

120210201259

Bercerita lanjut dalam nada hiba, Tuan Sabariah berkata tiga hari sebelum pemergian Nik Aziz mengatakan sesuatu yang benar-benar merengut perasaannya.

“Nanti abang tak dok (meninggal dunia), lepas ni, sapo nak jago Yah?” kata Allahyarham kepadanya.

“Anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” tutur Tuan Sabariah menjawab persoalan arwah suaminya,

Walaupun berperang dengan sebak yang bersarang di dada saat itu, dia gagahi jua untuk tersenyum.

BACA: Allahyarham TGNA Marah Orang Taksub Padanya

Ketika wawancara tersebut, wanita berusia 67 tahun itu mengakui kurung kain kapas warna krim bercorak bunga halus yang disarungnya adalah baju kegemaran  arwah yang sering memuji ia sesuai dikenakan suri hatinya.

“Baju inilah yang Abang paling suka saya pakai.

“Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak tetapi tidak pula pernah melarang atau menegur sehingga saya berkecil hati,” imbaunya.

Menyelusuri kisah mereka Tuan Sabariah bercerita, dia pernah memakai baju pemberian rakan apabila suaminya menegur secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam tu… Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.”

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 1962 atas pilihan keluarga. Ketika itu, Tuan Sabariah berusia 14 tahun manakala Nik Aziz 31 tahun. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 10 orang anak.

tg1

Bercerita tentang sifat mengagumkan yang ada pada Allahyarham, Tuan Sabariah berkata walaupun suaminya berada dalam keadaan sakit namun beliau tetap bangun menunaikan solat Tahajjud dan ia sememangnya amalan yang sering dilakukan semenjak dahulu.

“Tidak pernah diabaikannya atau mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat hingga jam 2 pagi (ketika menjadi Menteri Besar) bertahajjud tetap jadi keutamaannya,” ujar Tuan Sabariah.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Majlis Pengebumian Nik Abdul Aziz Nik Mat

https://www.youtube.com/watch?v=ETYwWlE0Rz8

Tags: meninggal duniapengebumian nik aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd