• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakaman Suara Dakwa Mat Sabu Cuba Jatuhkan Hadi Awang

oleh AK-47
25/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Satu rakaman suara yang didakwa sebagai taklimat Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didedahkan di laman sosial Facebook.

Pendedahan rakaman itu dibuat di laman, Tuc Tok Usin Ceroi (Pemburu Jebon) pada petang Isnin sebelum menjadi tumpuan ramai.

Menurut pendedahan itu, rakaman suara berkenaan merupakan taklimat oleh Mohamad atau Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan Abdul Hadi sebagai presiden PAS.

Dalam rakaman suara berdurasi 2 minit 10 saat itu, Mat Sabu didakwa berkata,” Dalam dua tiga hari ini, saya cuba buat ‘counter attack’ (serangan balas) dalam bentuk bertemu individu.

“Semalam saya ke Tanjung Karang bertemu dengan YDPnya. Bertemu dengan Sungai Besar, bertemu dengan YDP dan jawatankuasanya…dua tiga orang.

“Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum…perlu denied (dinafikan).”

Selain suara yang didakwa sebagai Mat Sabu, terdapat suara lelaki yang menyoal balas.

Rakaman suara itu bagaimanapun tamat sebelum taklimat yang didakwa berakhir.

Laman Tuc Tok Usin Ceroi didakwa dikendalikan oleh ahli PAS yang turut tidak menerima pandagan daripada penyokong parti lawan.

Laman tersebut juga kelihatan aktif mendedahkan usaha Mat Sabu untuk menjatuhkan Abdul Hadi sebagai ulama dalam PAS.

(Petikan: M-Star)

Post by MyNewsHub.
Tags: PASpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd