• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Sasar 80% Daripada 200,000 Peminjam Tukar Ke Ujrah

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan 80 peratus daripada 200,000 peminjam pembiayaan pendidikan itu yang disenarai hitam untuk mendaftar ke skim Ujrah yang diperkenalkan sejak Oktober tahun lepas.

Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata kempen berkenaan yang telah dilanjutkan sehingga 31 Mac ini, memberi peluang kepada peminjam tabung pendidikan berkenaan terutama yang terlibat dengan banjir.

“Setakat ini kita masih belum berpuas hati dengan jumlah yang sepatutnya bertukar kepada skim ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan pasca banjir PTPTN di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Shamsul Anuar sebelum ini dipetik sebagai berkata dalam tempoh 1 Okt hingga 31 Dis lalu, seramai 50,000 peminjam telah menukar ke pembiayaan secara Ujrah, yang membolehkan mereka membayar caj perkhidmatan pada kadar satu peratus, berbanding empat peratus.

Selain itu, Shamsul Anuar berkata PTPTN turut menawarkan pengecualian caj bagi peminjam yang mahu menggantikan dokumen yang musnah akibat banjir.

“Caj yang dikenakan sepatutnya RM90 bagi setiap set dokumen serta kad SSPN-i juga diberi gantian tanpa sebarang caj,” katanya.

Pada majlis berkenaan, PTPTN menyerahkan bantuan berjumlah RM640,290 kepada 9,147 pelajar di 55 buah sekolah di empat jajahan di negeri ini iaitu Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Selain itu, PTPTN turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada UMK untuk pembelian buku selepas perpustakaan Kampus Kota UMK ditenggelami air, yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM6.9 juta kepada universiti berteraskan keusahawanan itu. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd