• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas Dadah Bernilai RM98,600 Tahan 4 Individu

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM98,600 dan menahan empat individu di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian itu, sepasukan polis dari unit Task Force Narkotik Negeri menahan dua lelaki berusia 21 dan 26 tahun pada 12.10 tengah malam.

“Polis menemui 3,564 pil kuda, 300 biji Eramin 5 dan 20 gram syabu yangdiletakkan pada bahagian tempat duduk penumpang depan, sebuah kereta di hadapan kedai tersebut.

“Kemudian pemeriksaan ke atas dua lagi suspek (di tempat sama) membawa kepada penemuan 70 biji pil kuda yang disembunyikan di dalam poket seluar,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata pihaknya turut menyita wang tunai RM17,460 milik seorang daripada suspek.

“Suspek dipercayai bergerak aktif mengedar dadah sejak dua bulan lalu di sekitar daerah Bachok dan Kota Baharu dan kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Mazlan berkata kesemua suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In