Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dollah Salleh Puji Semangat...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh memuji semangat berpasukan terbaik yang...

Sulaiman Dijangka Angkat Sumpah...

MELAKA - Teka-teki mengenai Ketua Menteri bakal berakhir petang ini apabila seorang daripada...

Sumpah Setia MB Selangor...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan menyatakan kerajaan Parti...

Lintasan Komet Paling Hampiri...

KUALA LUMPUR - Komet dikenali sebagai 45P/Honda-Mrkos-Pajdusakova akan berada pada kedudukan paling hampir...

Polis Johor Tumpas Sindiket Edar Dadah

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warganegara Malaysia dan Singapura menerusi serbuan di sekitar bandar raya ini dengan nilai rampasan lebih RM1 juta baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, sindiket yang dipercayai diketuai warganegara Singapura berusia 46 tahun itu, dipercayai aktif membawa masuk dadah dari Malaysia ke Singapura.

“Hasil serbuan pada 4 Februari lalu, sembilan ahli sindiket termasuk dua warganegara Singapura ditahan dan dadah jenis heroin, syabu, ketamin erimin dan ekstasi bernilai RM310,000 berjaya dirampas.

“Turut dirampas dan disita ialah wang tunai dan pelbagai jenis kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM750,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.


Beliau berkata kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 10 Februari ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=iWdQ_5PqQ6w

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori