• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasai Ilmu Menjelang Pembentukan Komuniti ASEAN

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang relevan dan sesuai dengan keadaan semasa seiring dengan pembentukan Komuniti ASEAN akhir tahun ini.

Perdana Menteri berkata ia bagi menghadapi persaingan hebat dalam segala aspek yang mana boleh menyebabkan negara ini ketinggalan jika rakyat tidak mampu bersaing dengan rakyat negara lain.

“Ke arah keserantauan iaitu Komuniti ASEAN di mana kadar tarif antara negara diturunkan dan negara kita perlu bekerjasama dan dalam masa yang sama perlu bersaing dengan negara lain.

“Siapa yang tidak mampu bersaing akan tewas dan ketinggalan dan kita tidak mampu menahan kemajuan. Oleh itu kita tiada pilihan tetapi kena menghadapi persekitaran ini dengan menguasai ilmu yang relevan,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-15 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Anugerah Guru Bestari 2015, di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Najib berkata dalam pembentukan sesebuah tamadun yang bangsanya maju, ilmu pengetahuan merupakan kunci utama yang perlu dikuasai rakyatnya selain akhlak yang tinggi dan nilai-nilai murni.

Beliau turut memuji Umno Bahagian Cheras yang mempelopori sebuah yayasan untuk menjaga dan menguruskan ‘sekolah angkat’ sekitar Cheras, di sini yang dilihat berjaya membantu meningkatkan aktiviti akademik dan korikulum sekolah.

“Yayasan Pendidikan Cheras merupakan satu-satu yayasan pendidikan yang diusahakan oleh Umno bahagian, dan saya melihat YPC dan Umno Cheras ini boleh menjadi model kepada Umno bahagian lain untuk sama-sama membantu meningkatkan pendidikan negara,” katanya.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukkan khas RM100,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras yang akan digunakan untuk sekumpulan murid sekolah berkenaan melakukan persembahan di Turki.

Pada majlis itu, Najib menghentikan ucapannya seketika apabila dimaklumkan tentang pemergian bekas menteri besar Kelantan dan Musyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau kemudiannya mengumumkan berita itu kepada hadirin yang terdiri daripada guru-guru sekolah sekitar Cheras, sekali gus membuat semua terkejut dengan berita sedih itu.

Najib kemudian mengajak hadirin menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham sebelum meneruskan ucapannya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan anugerah kepada 45 individu terpilih yang menerima Anugerah Guru Bestari, Anugerah Pembangunan Pendidikan, Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Khas Pengerusi YPC selain empat buah sekolah menerima anugerah khas Persatuan Ibu Bapa dan Guru. – BERNAMA

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd