Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

MyCEB Sasar Tarik Lebih...

GENTING HIGHLANDS - Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) komited untuk bekerjasama dengan...

Video: ‘Hantu’ Selfie Di...

VIDEO yang memaparkan sekumpulan gadis yang datang sebagai penonton tetapi lebih kecoh mengambil...

600,000 Pesakit Katarak Perlu...

KOTA BHARU - Kira-kira 600,000 pesakit katarak di negara ini memerlukan pembedahan pada...

Pekerja Kontrak Maut Kemalangan...

KUANTAN, 4 Julai (Bernama) -- Seorang pekerja kontrak maut selepas kereta yang dinaikinya...

Petisyen Pengampunan Bukti Akui Kesalahan

KUALA LUMPUR – Sekali pun keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan petisyen pengampunan diraja mendakwa berlaku ketidakadilan, namun penganalisis politik melihat tindakan itu sebagai satu perakuan terhadap kesalahannya.

Mereka berpendapat meskipun petisyen pengampunan diraja kepada Yang di-Pertuan Agong dilakukan ahli keluarga ketua pembangkang berkenaan, besar kemungkinan ia dibuat atas kemahuan dan restu Anwar sendiri.

“Secara tersiratnya, ia adalah pengakuan terhadap kesalahan yang telah dilakukan,” kata Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Azmi Hassan kepada Bernama di sini, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam mengesahkan telah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan yang difailkan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, bagi pihak Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Petisyen pengampunan itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas menolak rayuannya.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed pula berkata walaupun petisyen itu dibuat oleh anggota keluarga Anwar, ia memberi gambaran kepada masyarakat umum bahawa Anwar mengakui kesalahannya.

Beliau berkata, keluarga Anwar sebelum ini ada membuat justifikasi bahawa sekiranya mereka mengemukakan petisyen itu, ia seolah-olah mengakui kesalahan itu.

“(Tapi) akhirnya mereka (keluarga Anwar pada saat-saat akhir) menghantar juga petisyen berkenaan,” katanya.

Selain itu, Dr Ahmad Marthada berpendapat, walaupun berdepan tanggapan mengakui kesalahan meliwat, ia dilihat sebagai usaha terakhir untuk menyelamatkan perjuangan politik bekas timbalan perdana menteri itu.


Beliau berkata, petisyen itu dijangka mengambil masa yang lama dan secara tidak langsung akan terus mengekalkan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selagi Yang di-Pertuan Agong tidak membuat keputusan.

“Proses Lembaga Pengampunan cukup lama, ada sehingga mencecah lima tahun kerana ia bukan proses yang mudah, laporan pelbagai pihak diperlukan seperti laporan mahkamah, nasihat daripada Peguam Negara sebelum Seri Paduka Baginda membuat keputusan.

“Ada keadaan di mana hukuman telah selesai, namun proses pengampunan belum lagi selesai,” katanya.

Dr Ahmad Marthada berkata, sebagai seorang ahli parlimen, Anwar akan terus membuat kenyataan bagi meraih simpati khususnya masyarakat antarabangsa dalam sesuatu isu.

“Anwar merupakan seorang individu yang sentiasa mencari perhatian untuk terus kekal dalam politik arus perdana. Beliau tahu sebagai seorang ahli parlimen, suaranya ada pemberat dan boleh terus membuat kenyataan berbanding sebagai seorang rakyat biasa,” katanya.

Malah katanya ‘suara’ Anwar akan terus kedengaran di Dewan Rakyat walaupun berada di dalam penjara melalui soalan-soalan lisan yang boleh dikemukakannya selaku ahli parlimen.

Pandangan itu dikongsi Dr Azmi yang menyifatkan petisyen pengampunan yang dikemukan oleh keluarga Anwar bukan sahaja bertujuan untuk memanjangkan tempoh karier politik beliau, malah peluang itu dilihat pembangkang untuk menguasai Putrajaya.

“Motif keluarga Anwar mengemukakan petisyen pengampunan tersebut adalah untuk memanjangkan karier politiknya dengan wujudnya senario kerusi Permatang Pauh akan tergantung.

“Secara tersiratnya, jika keputusan pengampunan mengambil masa yang lama, maka ia lebih baik kepada Anwar kerana pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dapat dilaksanakan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori