• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Saman Penulis Novel ‘Aku Bohsia’ 19 Oktober

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman seorang penulis novel terhadap pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, bapanya Yusof Haslam dan syarikat mereka berhubung dakwaan plagiat akan berlangsung lima hari mulai 19 Okt.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya.

Elias Idris, 63, memfailkan saman terhadap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Md Yusof, 31, bapanya, Md Yusof Md Aslam (Yusof Haslam), 61, dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 Nov tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’ yang diterbitkan pada 2009.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Elias, yang diwakili peguam M. Kumar, mendakwa beliau menulis novel itu pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta merupakan pemilik hak cipta terpelihara karya itu.

Beliau mendakwa terdapat banyak persamaan dari segi tema, plot, watak dan mesej dalam novel ‘Aku Bohsia’ dengan filem ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’.

Elias juga mendakwa pihaknya telah menulis surat kepada kesemua defendan untuk memaklumkan bahawa hak cipta terpelihara beliau telah dilanggar dan menuntut ganti rugi, namun ia tidak diendahkan.

Berikutan itu, beliau memfailkan saman dan menuntut satu deklarasi bahawa kesemua defendan telah melanggar hak cipta terpelihara plaintif sebagai penulis asal, memohon injunksi untuk melarang defendan menyiarkan semula filem itu dan satu perintah ganti rugi serta faedah.

Sementara itu, menerusi pernyataan pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan pihak defendan pada 5 Jan lepas, kesemua mereka menafikan persamaan yang didakwa oleh Elias serta menyatakan bahawa tidak pernah membaca, memiliki atau mendengar mengenai novel tersebut sebelum dan selepas selesai penggambaran filem.

Mereka turut mendakwa bahawa pertama kali memiliki novel itu pada 1 Dis tahun lalu dan daripada pembacaan dan pemahaman, terdapat perbezaan yang ketara daripada tema, plot dan lain-lain.

Dalam tuntutan balas defendan terhadap plaintif, ketiga-tiga defendan mendakwa bahawa plaintif telah menulis kata-kata fitnah di laman blog miliknya pada 16 Nov tahun lepas.

Defendan mendakwa perkataan fitnah itu ditulis untuk memalu dan menjatuhkan nama serta reputasi defendan dalam industri filem.

Berikutan itu, defendan menuntut satu injunksi menghalang plaintif atau pekerjanya memberi apa-apa kenyataan lisan atau bertulis kepada media yang merujuk kepada apa-apa peniruan atau persamaan antara novel dan filem terbabit.

Defendan turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am, faedah dan kos. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd