• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penurunan Harga Barangan Di Pasar Tani Tak Rugikan Peniaga

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penurunan harga barangan di Pasar Tani di seluruh negara, yang berkuat kuasa minggu lepas, tidak akan mendatangkan kerugian kepada para peniaga, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sebaliknya, penurunan harga barangan itu sebenarnya mampu memberi keuntungan kerana peniaga dapat menjual pada jumlah banyak berbanding jika dengan harga mahal.

“Ada yang tanya saya tak rugikah? Kita dah bincang (dengan peniaga), mungkin keuntungan agak kurang sedikit.

“Tapi kena ingat, cara untuk mendapat keuntungan bukan hanya dengan menaikkan harga semata-mata, tapi daripada volum jualan. Kalau dapat jual banyak, tetap akan dapat untung,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Tani Presint 3 di sini, hari ini.

Penurunan harga barangan di Pasar Tani mulai 7 Feb lepas menerusi ‘Program Jualan Turun Harga Pasar Tani’ dibuat selaras dengan penurunan harga minyak dunia.

Sebanyak 73 jenis barang dan produk berasaskan pertanian segar, kering dan diproses terbabit dalam program itu, yang menyaksikan penurunan harga antara lima hingga 20 peratus.

Ditanya mengenai kerjasama peniaga terhadap program itu, Ismail Sabri berkata kebanyakan peniaga mematuhi kadar penurunan yang ditetapkan malah, ada yang sanggup menurunkan harga beberapa barangan walaupun tidak disenaraikan sebagai antara 73 jenis produk terbabit.

“Daripada tinjauan hari ini, ada peniaga yang secara sukarela menurunkan harga barangan jualan seperti sayuran kampung misalnya pegaga.

“Ayam misalnya di luar, sekilogram RM7.50. Harga pasar tani RM7.10 sekilogram. Tapi ada peniaga yang bawa sendiri dari ladang jual pada harga RM6.80,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata penurunan harga itu hanya untuk Pasar Tani dan tidak terpakai untuk pasar malam, pasar sehari, pasar minggu dan pekan sehari. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd