• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Guna Nama Anak Palsu Dokumen Kerajaan

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu tadbir gred N22 di Pejabat Tanah Daerah Dungun, Terengganu didakwa atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan transaksi pembelian tanah empat tahun yang lalu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memberitahu, tertuduh, Mazita Ngah, 50, mengaku salah ketika didakwa di bawah Seksyen 463 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

“Tertuduh didakwa memalsukan dua dokumen iaitu resit hasil tanah kerajaan Terengganu atas nama Nurul Fatin Fatinah Zulkipli dengan niat hendak melakukan penipuan bahawa Nurul Fatin Fatinah telah membuat pembayaran bagi Notis Genap Masa Hasil Tanah Dibayar bagi Lot PTD 1295 yang
masing-masing bernilai RM230 dan RM4,550,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, Nurul Fatin Fatinah merupakan anak tertuduh namun permohonan tanah dibuat tanpa pengetahuan Nurul Fatin Fatinah.

Kata kenyataan itu, Kedua-dua kesalahan tersebut dilakukan pada 22 November 2011 antara pukul 1 hingga 2 petang di Pejabat Tanah Daerah Dungun.

“Hukuman bagi kesalahan pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan ialah penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Mahkamah Sesyen menetapkan tarikh menjatuhkan hukuman pada 24 Februari 2015 setelah mendengar rayuan tertuduh yang mengumpulkan duit bagi membayar denda. – mynewshub.cc

Tags: Penjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd