• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi SPR Hadiri Sesi Pendengaran Awam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mempengerusikan sesi pendengaran bantahan awam terhadap syor persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sesi bantahan itu melibatkan lima bahagian dalam Parlimen Mambong dan Parlimen Stampin.

Bagaimanapun, kawasan mana yang terlibat tidak didedahkan kepada pemberita.

Sesi pendengaran awam itu diadakan 8.30 pagi dan 2.30 petang di Dewan Masyarakat Kuching, di sini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan lima ahli suruhanjaya tersebut.

Juga hadir Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah.

Usaha pemberita yang menunggu sejak 2 petang di pintu utama dewan tersebut bagi mendapatkan reaksi Abdul Aziz mengenai sesi pendengaran awam itu gagal selepas beliau bersama enam lagi ahli suruhanjaya itu keluar menggunakan laluan lain.

Sementara itu, Takun ketika ditemui pemberita berkata selepas selesai semua proses semakan bantahan, syor itu akan dipamerkan sekali lagi.

SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Januari lepas hingga 4 Februari di beberapa tempat di negeri itu.

Berikutan persempadanan semula itu, Dun Sarawak kini bertambah dari 71 kerusi kepada 82.

Sebelas kawasan baharu Dun yang disyorkan itu ialah N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Tellian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Esok sesi pendengaran awam bermula pukul 10 pagi di Dewan Masyarakat Serian. -BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd