• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencalonan Pemilihan PAS Pusat Sesi 2015/2017 Bermula 1 Mac

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2015/2017 akan menerima pencalonan bagi 27 jawatan peringkat pusat mulai 1 Mac ini apabila 188 bahagian parti itu memulakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat kali ke 61, Asmuni Awi berkata semua PAS bahagian diberi masa mengadakan mesyuarat agung tahunan bermula 1 Mac sehingga 21 April ini.

“Mereka boleh melakukan pemilihan 24 jawatan peringkat kawasan (bahagian) dan sebaik mesyuarat selesai boleh terus mengemukakan nama calon untuk pemilihan peringkat pusat,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat di sini hari ini.

Asmuni berkata tarikh akhir bagi bahagian mengemukakan pencalonan adalah pada 5 petang, 30 April dan pencalonan yang dikemukakan selepas itu tidak akan dilayan.

Beliau juga mengingatkan agar calon-calon berkempen secara sihat dan mengelak sebarang perkara yang mencemarkan kredibiliti calon lain.

“Kami benarkan berkempen secara sihat tetapi tertakhluk pada larangan yang terkandung dalam perlembagaan parti, jika ada yang didapati melanggar peraturan ini mereka terdedah kepada tindakan disiplin,” katanya.

Asmuni juga mengingatkan anggota bahagian supaya menghentikan amalan pelantikan secara ‘longgokan’ iaitu memilih nama tanpa menentukan jawatan mereka terlebih dahulu.

“Ini berlaku setiap kali pemilihan, pilih nama secara ‘lump sum’ atau ‘longgokan’ dulu, lepas itu mesyuarat lain baru pilih siapa nak jadi YDP (Yang Dipertua), siapa nak jadi setiausaha … ini salah, kerana ikut peraturan mesyuarat dianggap sempurna bila semua jawatan siap ditentukan dahulu,” katanya.

Asmuni juga berkata tiada sebarang syarat bagi anggota PAS yang menjadi anggota mana-mana badan bukan kerajaan termasuk Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dilarang daripada menjadi calon atau memegang sebarang jawatan dalam parti.

Pemilihan Jawatankuasa PAS diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang dijangka 1 Jun ini. – BERNAMA

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd