• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemulihan Projek Di Pulau Melaka Yakinkan Pelabur

oleh Ahmad Albab
20/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kejayaan Kerajaan Negeri Melaka memulihkan projek pembangunan komersial di Pulau Melaka dengan kos RM64.5 juta mengukuhkan keyakinan pelabur untuk terus melabur terutama dalam sektor hartanah di negeri ini, kata Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata pemulihan projek yang terbengkalai sejak 1998 disebabkan krisis ekonomi itu akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi, sekali gus menawarkan banyak peluang pekerjaan.

“Saya berpendapat lebih banyak pelaburan akan masuk ke negeri Melaka dengan pelbagai langkah dilakukan untuk memulihkan lebih banyak projek terbengkalai,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata Pulau Melaka yang merupakan pulau buatan terletak berhampiran kawasan pelancongan Bandar Hilir merupakan sebuah hartanah yang mampu direncanakan bukan sahaja sebagai kawasan perniagaan malah sebagai lokasi pelancongan eksklusif.

Projek pembangunan itu dipulihkan syarikat Kejuruteraan Asas Jaya Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron telah menyerahkan kunci kepada seramai 1,233 pemilik unit kediaman dan pejabat di Pulau Melaka pada 1 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd