• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Kuantan Dakwa Ada Komplot Jatuhkan Hadi

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Kuantan, Pahang mendakwa terdapat komplot terancang didalangi beberapa pemimpin tertinggi parti itu bagi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan kepemimpinan ulama.

Berikutan itu lebih 300 ahli Dewan Pemuda PAS Kuantan berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut di sini pagi tadi bagi mendesak PAS memecat mereka yang terbabit dengan komplot itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim, berkata pihaknya mempunyai banyak bukti kukuh termasuk akuan berkanun daripada individu terbabit dengan komplot menjatuhkan Abdul Hadi selaku Presiden PAS.

“Kebelakangan ini terdapat satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat dan menjatuhkan Presiden serta kepemimpinan ulama melalui kerja-kerja khianat di luar batasan Islam.

“Mereka juga memfitnah pemimpin dilihat bersama Tuan Guru Presiden PAS seperti Setiausaha Agung dan ahli keluarga Presiden,” katanya pada sidang media di sini.

Fadhli turut mendakwa kumpulan itu mensabotaj setiap keputusan dibuat Presiden dan Majlis Syura Ulama kerana tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

“Oleh itu DPP PAS Kuantan merasakan ahli parti perlu disedarkan mengenai kewujudan komplot jahat untuk menjatuhkan Presiden dan kepemimpinan ulama.

“Kami juga mendesak mereka yang terbabit dengan komplot jahat itu supaya meletak jawatan,” katanya. – BH Online

Tags: Hadi AwangPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd