Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

‘Tangguh Mesyuarat PSC Kerana...

KUALA LUMPUR : Penangguhan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Bagi Agensi di bawah...

Zaman Khan Nafi Terbabit...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tan Sri Mohd...

15 Tahun UTAR Sediakan...

KUALA LUMPUR - Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menyambut ulang tahun ke-15 hari ini...

Video: Power..! Awek Tudung...

INI makan dia!Niat jahat dua lelaki mahu meragut seorang wanita yang sedang berseorangan dalam...

Pembantu Pejabat Didakwa Cabul Lelaki

Melaka – Seorang pembantu pejabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki dalam tandas awam Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di sini, tahun lalu.

Tertuduh Deraman Abu Chek, 58, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun dengan meramas kemaluan mangsa bagi niat mencabul kehormatannya dalam tandas lelaki, aras bawah bangunan UTC Melaka kira-kira 7.30 malam, 19 Mac 2014.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Muhamad Juhari Haron menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 ke atas tertuduh.


Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBK) Ishak Kari merayu supaya jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh seorang berpendapatan rendah selain mempunyai enam anak yang masih bersekolah.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norina menawarkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=Z3HAEbvvAOg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori