Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Floria Diraja Putrajaya Dijangka...

PUTRAJAYA - Pameran flora antarabangsa tersohor, Floria Diraja Putrajaya 2018 yang akan membuka...

Skuad Bola Sepak Wanita...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak wanita negara meletakkan sasaran realistik untuk meraih...

Fiesta Durian Sebagai Acara...

KUALA LUMPUR - Program Fiesta Durian Malaysia akan dijadikan sebagai acara tahunan bagi...

Polis Tetap Siasat Isu...

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tetap...

Media Tertipu, Sidang Media Mahfuz Bersama Ibu Sirul Palsu

HAMPIR 50 petugas media yang sejak pagi tadi berhimpun di ibu pejabat Parti Islam Semalaysia (PAS) berasa ‘tertipu’ selepas sidang media yang dikhabarkan bakal berlangsung di sini, didakwa sebagai palsu.

Menurut salah seorang pekerja yang ditemui di bangunan pejabat PAS, Saripuddin Mohd Yatim, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tidak memanggil mana-mana media untuk menghadiri sidang media, hari ini.

Menurutnya lagi, mesej daripada aplikasi Whatsapp itu adalah palsu dan khabar angin semata-mata.

Sidang media yang dijadualkan jam 11 pagi ini dikatakan bakal membawa ibu tertuduh kes pembunuhan Altantuya Sharibuu iaitu Sirul Azhar untuk menjawab segala persoalan berhubung isu anaknya yang kini ditahan di Australia.


Dalam pada itu, Mahfuz menerusi kenyataan medianya yang diedarkan sebentar tadi memaklumkan bahawa satu rombongan misi khas ke Australia untuk bertemu Sirul akan bertolak pada jam 11 malam, 1 Mac ini. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=pWY95yF1y5k&feature=youtu.be

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori