• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Mesti Dipimpin Golongan Ulama

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi PAS mesti terdiri daripada golongan ulama kerana dasar dan sumber tertinggi rujukan parti itu adalah al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak dan Qisas.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, atas sebab itu ahli PAS mesti memperteguhkan gagasan kepimpinan ulama dalam parti kerana golongan itu yang boleh meletakkan sumber berkenaan dalam memperkukuhkan hujah dan pandangan, bukan semata-mata menggunakan akal fikiran.

“Gagasan kepimpinan ulama telah ditegas puluhan kali oleh ramai Presiden PAS. Gagasan ini bukan usaha mengenepikan golongan professional dan hanya mengambil ulama sahaja sebagai pemimpin kerana kita mengulamakkan profesional dan memprofesionalkan ulama.

“Inilah keistimewaan PAS sebagai parti Islam yang semua pihak telah menerima kepimpinan ulama sebagai dasar dan gagasan parti,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim dalam pada itu menerangkan, Nabi Muhammad S.A.W pernah ditawar menjadi raja, namun baginda menolaknya.

Jelas beliau, jika Nabi Muhammad S.A.W menerima tawaran itu, baginda boleh menggunakan kuasa sebagai Raja untuk menyebarkan dakwah dan memperkasakan Islam.

Katanya, bagaimanapun itu bukan kaedah yang diambil oleh baginda sekaligus menunjukkan bahawa gagasan Islam mesti berjalan serentak dengan usaha mendapatkan kuasa politik.

“Kemenangan Islam bukan hanya diukur dari keputusan dalam pilihan raya sahaja. Sebaliknya kemenangan dakwah dan tarbiyyah dalam kalangan manusia adalah gagasan besar gerakan Islam.

“Daripada sudut yang lebih luas pula, PAS adalah sebuah gerakan dakwah di mana ukuran kemenangannya ialah sejauh mana dakwah dapat disebarkan kepada ummah dan masyarakat dan tahap penerimaan masyarakat pada Islam sebagai cara hidup mereka,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, pada sudut ukuran tarbiyyah pula, kejayaan PAS dilihat kepada sejauh mana mereka yang berada dalam jamaah dapat ditingkatkan peranan menjadi amilin kepada perjuangan Islam. – mynewshub.cc

Tags: PASulama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd