• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Dah Viral, Akhirnya Pemandu Guan Eng Kena Saman..

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERETA Mercedes Benz S300L bernombor plat PG 1 yang menjadi kenderaan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikritik ramai beberapa hari lalu setelah gambar menunjukkan ia diparkir di sebelah jalan dan menghalang pili bomba tersebar di media sosial.

Kebanyakannya memberi komen, tindakan tersebut merupakan cerminan kepada sikap salah kuasa seorang individu yang berjawatan tinggi dalam pentadbiran negeri.

TERDAHULU: Ramai Kata, Inilah Kereta Paling ‘Samseng’ Di Pulau Pinang

Malah, ada yang menyindir tajam dengan mengaitkan insiden sama yang pernah berlaku sebelum ini, apabila kereta tersebut turut dirakam diletakkan di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara, sekitar November tahun lalu.

BACA: Gambar Kereta Guan Eng Diparkir Haram (LAGI!) Jadi Viral

Kemungkinan besar susulan gambar viral tersebut Sinar Harian melaporkan hari ini, pemandu kenderaan rasmi tersebut telah disaman pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas kesalahan yang dilakukan.

Namun demikian, pemandu khas kepada Guan Eng terbabit, Rozali Ishak menafikan dirinya meninggalkan kereta tersebut sebaliknya mendakwa dia berada dalam kenderaan itu selepas menurunkan majikannya bagi menghadiri satu majlis di Dewan Perniagaan Cina.

lim-guan-eng-car

“Pada hari kejadian saya menghantar Ketua Menteri ke Dewan Perniagaan Cina untuk menghadiri sebuah majlis. Bagaimanapun, semua kotak parkir berdekatan sudah penuh dan saya kemudiannya bergerak ke Lebuh King untuk parkir di sana.

“Saya akui, memang saya parking di sana tetapi saya tidak tinggalkan kereta di situ, saya berada di dalam kereta untuk menunggu Ketua Menteri.

“Pada waktu itu, saya nampak seseorang mengambil gambar kereta tetapi hanya membiarkan sahaja kerana saya bukannya tinggal kereta itu sebaliknya menunggu di dalam kereta,” jelasnya.

Tapi…berilah apa jua alasan, yang salah tetap salah. Semua tahu mana-mana kenderaan dilarang untuk menghalang pili bomba jadi tak usahlah nak pertikaikan lagi kot.

Lagi pula, kereta itu bukan sekali dirakam parkir sesuka hati baq hang…betoi dak?

– MYNEWSHUB.CC

Calon Bebas Tak Puas Hati, Pura-Pura Kena Langgar Dengan Kereta Rasmi Lim Guan Eng

https://www.youtube.com/watch?v=RrJhn0sCufg

Tags: DAPkeretaPulau Pinangsamansaman parkir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih Selamat, Lebih Baik, Lebih Berintegriti Berkawan Dengan DAP Daripada Parti Cina Mereka – PMX Anwar

Lebih Selamat, Lebih Baik, Lebih Berintegriti Berkawan Dengan DAP Daripada Parti Cina Mereka – PMX Anwar

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - "Lebih selamat, lebih baik, lebih berintegriti berkawan dengan DAP daripada parti Cina mereka" Demikian penegasan Perdana Menteri,...

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd