• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Lebih Banyak Kapal Kargo Singgah Di Pelabuhan Kuantan

oleh Ahmad Albab
13/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Malaysia yakin Pelabuhan Kuantan yang kini dilengkapi pelbagai kemudahan mampu menarik lebih banyak kapal kargo dan kapal penumpang dari seluruh dunia untuk singgah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Pelabuhan Kuantan yang terletak di laluan strategik yang kini dikenali Laluan Sutera Maritim yang menghubungkan negara China dan lokasi strategik lain di rantau ini mampu meningkatkan ekonomi dan industri pelancongan negara.

“Dengan kemudahan pelabuhan yang lengkap dan akses yang lebih mudah kepada kapal untuk berlabuh, kami yakin Pelabuhan Kuantan akan menarik minat kapal-kapal kargo dan penumpang untuk berlabuh di sini.

“Pelabuhan Kuantan juga telah melabur sebanyak RM3 bilion untuk membangunkan sebuah terminal laut dalam bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penumpang kapal kargo-penumpang Beibu Wan Zhi Xing dari China di Pelabuhan Kuantan, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Kuantan Tengku Tan Sri Azlan Sultan Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengurus Besar Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co, Ltd, Frank Wang Jun.

Ketibaan kapal berkenaan bersama-sama 284 orang penumpang dari China membuka lembaran baharu dalam sejarah Pelabuhan Kuantan, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan hubungan dua hala Malaysia dan China.

Dalam pada itu, Liow berkata ketibaan kapal kargo-penumpang Bei Bu Wan Zhi Xing turut meningkatkan hubungan dua hala antara China dan Malaysia khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

“Dikendalikan oleh Guangxi Beibu Gulf Cruise Terminal Co Ltd, ia menawarkan laluan pelayaran untuk kargo secara terus antara Qinzhou dan Kuantan yang mengambil masa selama lima hari bagi setiap perjalanan pergi dan balik,” katanya.

Laluan Sutera Maritim, katanya akan membuka lembaran baharu kepada Kuantan yang kini bukan sahaja berperanan sebagai hab perdagangan dan logistik bagi rantau ini tetapi juga pintu masuk laluan laut bagi pelancong asing ke negara ini khususnya dari China. – BERNAMA

Tags: pelabuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelabuhan Di Seluruh Negara Kini Dalam Perhatian SPRM – Azam Baki

Pelabuhan Di Seluruh Negara Kini Dalam Perhatian SPRM – Azam Baki

10/06/2024
1

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyasar semua negeri yang mempunyai pelabuhan dalam siasatan berhubung penipuan kontena...

COVID-19: Malaysia Larang Kapal Persiaran Singgah Pelabuhan

09/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak membenarkan kapal persiaran berlabuh di pelabuhan negara ini berkuat kuasa serta-merta, susulan wabak COVID-19. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd