• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelabuhan Di Seluruh Negara Kini Dalam Perhatian SPRM – Azam Baki

oleh AK-47
10/06/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Pelabuhan Di Seluruh Negara Kini Dalam Perhatian SPRM – Azam Baki
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menyasar semua negeri yang mempunyai pelabuhan dalam siasatan berhubung penipuan kontena yang menyebabkan ketirisan hasil cukai kepada kerajaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pelabuhan di Sabah dan negeri lain yang terbabit kini dalam perhatian SPRM selepas kejayaan agensi itu mengesan kegiatan penipuan kontena yang terbesar di Selangor, baru-baru ini.

Beliau berkata, usaha itu yang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bertujuan memastikan ketirisan yang berlaku dapat diatasi dan wang hasil cukai yang sepatutnya dikutip dapat dikembalikan di negeri yang terbabit.

“Kita (SPRM) beri amaran kerana Sabah juga dalam perhatian kami, begitu juga mana-mana negeri lain yang ada pelabuhan. Ini kerjasama kami dengan pihak kastam dan agensi lain untuk membanteras ketirisan yang berlaku disebabkan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan orang yang diberi amanah.

“Ia adalah usaha untuk mengembalikan duit rakyat bagi memastikan cukai dibayar dan dipungut pihak kastam. Kalau ketirisan itu berlaku di Sabah, maka duit itu dikembalikan di negeri ini.

“Bagi yang sudah terlepas, kita akan guna Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya ditemui media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan SPRM, di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun dan turut dihadiri Pengerusi SESB, Datuk Seri Madius Tangau serta Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Mohd Yaakob Jaafar dan Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy.

Azam berkata, SPRM komited membongkar kegiatan penipuan kandungan kontena yang menyebabkan kerajaan kerugian dari segi nilai cukai yang tidak setimpal berikutan penipuan barangan yang diikrar.

“Ini kerana banyak ketirisan yang berlaku apabila kontena diikrar dengan tidak betul. Ada kontena diikrar kononnya membawa kerusi roda tetapi rupanya di dalam itu (daging) babi dan barangan elektrik pun ada.

“Jadi sepatutnya bayaran cukai itu lebih tinggi. Modus operandi ini berlaku di banyak tempat di Malaysia dan kita beri amaran semua negeri, termasuk Sabah, satu hari nanti SPRM akan sampai juga,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai siasatan kemungkinan berlaku kes baharu membabitkan isu pembekalan air di Sabah, Azam berkata setakat ini tiada perkara tidak baik dikesan seperti yang berlaku pada 2017.

“Setakat ini tiada perkara yang tidak baik hasil pemantauan yang kami lakukan berhubung isu air di Sabah berbanding kes pada 2017 yang mana kes itu sekarang dalam perbicaraan.

“Ketika itu kes berpunca apabila SPRM dapat banyak maklumat dan rungutan daripada rakyat Sabah mengenai wang dibelanjakan dengan banyak diberikan kepada Sabah tetapi tidak turun ke bawah, jadi itu mendatangkan pemantauan kami.

“Selepas itu, Alhamdulillah, walaupun ada juga kepincangan di sana sini tetapi sekarang lebih baik,” katanya.

Pada majlis itu, Masidi menyaksikan SESB dan SPRM menandatangani MoU bagi kerjasama membanteras jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat pembekal elektrik di Sabah dan Labuan itu.

-Berita Harian

Tags: Azam BakipelabuhanSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd