• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Medium Kesenian Pupuk Daya Tahan, Kecekalan Pelajar

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Medium kesenian seperti orkestra bukan sahaja berkesan memupuk daya tahan dan kecekalan diri pelajar, malah dapat menyuntik semangat ‘esprit de corp’ iaitu semangat berpasukan yang tinggi dan saling membantu antara setiap anggota pasukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata penubuhan pancaragam sekolah merupakan satu usaha yang baik ke arah memupuk keperibadian pelajar dan semangat cintakan sekolah menerusi kegiatan kokurikulum.

“Kegiatan pancaragam sekolah menepati konsep suasana penuh pembelajaran serta memupuk nilai kerjasama dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Justeru itu seharusnya usaha ini disokong oleh semua pihak,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam ‘Flourishes 2015’ anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan Jawatankuasa Sokongan Ibu Bapa bagi orkestra sekolah berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini semalam.

Majlis berkenaan bertujuan mengumpul dana bagi menghantar 70 pelajar Sekolah Seri Puteri yang merupakan pemuzik bagi orkestra sekolah berkenaan, Orkestra Seri Puteri Symphonic Winds untuk bertanding di New York Wind Band Festival pada 9 Mac ini.

Isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman merupakan penaung kepada Orkestra Seri Puteri Symphonic Winds.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut mengumumkan dana sebanyak RM200,000 sebagai sumbangan untuk menampung perjalanan Seri Puteri Symphonic Winds ke New York Wind Band Festival.

Pada 2013, Seri Puteri Symphonic Winds mengharumkan nama negara apabila menjuarai Festival Muzik Antarabangsa Australia, menerima anugerah emas dan mengadakan persembahan di Sydney Opera House.

Tahun lepas, Seri Puteri Symphonic Winds mewakili Malaysia dalam Festival Muzik Antarabangsa Summa Cum Laude di Vienna, Austria.

Majlis makan malam amal berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan artis tanah air seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Haleeda dan Fazli Zainal. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lion Air Tak Mengaku Miliki Twitter Hina AirAsia, MAS

Next Post

Sumbangan Keusahawanan Cina Terhadap Pembangunan Diperakui

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Majlis Media Malaysia Dijangka Dilancar Sempena HAWANA 2025

Majlis Media Malaysia Dijangka Dilancar Sempena HAWANA 2025

27/05/2025
0

Putrajaya: Usaha ke arah pembentukan secara rasmi Majlis Media Malaysia (MMM) sedang digerakkan dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat menjelang sambutan...

Next Post

Sumbangan Keusahawanan Cina Terhadap Pembangunan Diperakui

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd