• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lion Air Tak Mengaku Miliki Twitter Hina AirAsia, MAS

oleh AK-47
03/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH jadinya bila Twitter rasmi syarikat penerbangan Lion Air @OfficialLionAir didapati berkicau dengan satu status yang dianggap menghina dua syarikat penerbangan yang ada kena mengena dengan negara ini iaitu Malaysian Airlines dan Air Asia, kelmarin.

Tweet yang dimuatnaik pada Khamis jam 6.51 petang waktu tempatan itu berbunyi:

“Tweeps dalam penerbangan kalian pilih mana? Kena delay atau nggak pernah sampai (dengan emoticon tersenyum). Selamat malam. Salam. #LIONAIR.”

Sebaik sahaja tweet tersebut tersebar, pelbagai kritikan diterima hingga pihak atasan syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Indonesia itu diburu untuk mendapatkan kepastian dan komen.

Tweet yang mencetus kontroversi itu pula, didapati sudah dipadamkan.

Menurut laporan Tempo, Pengarah Perkhidmatan dan Operasi Lapangan Terbang Lion Air, Daniel Putut yang dihubungi mereka menerusi aplikasi mesej Whatsapp bertegas, beliau sudah bertanyakan bahagian pengurusan namun dinafikan mereka pernah menghantar tweet sedemikian apatah lagi mereka tidak memiliki apa-apa akaun Twitter yang rasmi.

Apa yang menghairankan, akaun Twitter @OfficialLionAir yang pada mulanya bertindak memadam tweet ‘terlajak kata’ itu kemudiannya ghaib terus dipercayai telah dipadamkan!

Tweet yang tidak sensitif hingga mencetus kemarahan ramai ini dipercayai ada kena mengena dengan insiden melibatkan Lion Air sejak Rabu minggu lepas di mana, syarikat ini mengalami masalah hingga ratusan penerbangan mengalami delay dan pembatalan.

Akibatnya ribuan penumpang tersadai kerana ganti rugi yang sepatutnya diberikan tidak dipenuhi. Kejadian ini mencetus huru hara di lapangan terbang apabila ramai penumpang syarikat penerbangan yang digelar ‘si Raja Delay’ ini tidak dapat menahan sabar lalu mengamuk.

Apabila tweet begitu dilemparkan, ia tambah mencetus kemarahan mangsa delay mereka kerana dianggap cuba melepaskan diri dengan mengaitkan kelemahan syarikat tersebut dengan tragedi pesawat yang tidak diingini.

Seperti diketahui umum, pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Surabaya-Singapura terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lepas. Hingga kini daripada 155 penumpang dan tujuh anak kapal pesawat tersebut, cuma 104 jasad ditemui dengan 93 daripadanya berjaya dikenapasti.

Manakala pesawat MAS penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing, China hilang dari radar tidak lama selepas berlepas pada 8 Mac 2014 dan sampai sekarang, nasib sebenar pesawat mahupun penumpang di dalamnya masih belum berjaya dibongkar.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=u1l_WLvUuT8

Oleh: Rem Ramzi

Tags: AirAsiaLion Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd