• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBNT Sambut Baik Penggunaan LPT 2 Percuma Selama 6 Bulan

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menyambut baik pengumuman kerajaan yang membenarkan penggunaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) secara percuma, tanpa bayaran tol selama enam bulan, sebelum dikuatkuasa Ogos depan.

Pengerusinya, Zaidi Muda berkata ia akan dapat dimanfaatkan oleh warga Terengganu untuk pulang ke kampung halaman pada cuti Tahun Baharu Cina danmenjelang Aidilfitri nanti.

“Bagi merealisasikan hasrat kerajaan sebagai kepimpinan yang cakna rakyat, golongan belia Terengganu amat berharap agar bayaran tol yang dikenakan nanti berpatutan dan tidak membebankan pengguna kerana untuk sampai ke Kuala Lumpur ketika ini, pengguna perlu membayar lebih kurang RM29 untuk perjalanan satu hala,” katanya kepada Bernama hari ini.

LPT 2 sepanjang 184 kilometer dengan laluan empat lorong bermula dari Gemuroh ke Jabor itu mula dibuka kepada pengguna jalan raya 31 Jan lalu.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman berkata lebuh raya itu kini dalam proses melantik pengurus atau penyelenggara lebuh raya dan dijangka mengambil masa enam bulan.

Dalam tempoh itu pengguna boleh melaluinya secara percuma. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

Siapa Bakal Juara Piala Dunia 2026? Ini Analisis Kuasa Besar Bola Sepak Dunia

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR: Kejohanan FIFA World Cup 2026 dijangka menjadi edisi paling epik dalam sejarah bola sepak apabila buat pertama kalinya...

HASiL Cipta Sejarah Kutipan Tertinggi RM203.991 Bilion

HASiL Cipta Sejarah Kutipan Tertinggi RM203.991 Bilion

24/04/2026
0

CYBERJAYA — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mencatat sejarah baharu apabila kutipan cukai langsung negara mencecah RM203.991 bilion bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd