Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 3 Tahun Antara...

KOTA KINABALU - Seorang kanak-kanak tiga tahun merupakan antara 21 pendatang asing tanpa...

Rayani Air: “Saya Tak...

PENGASAS produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman menegaskan beliau hanya...

Pekerja Asing Dilindungi PERKESO...

PUTRAJAYA - Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah...

Arsenal Kenal Pasti ‘Pembaling...

LONDON - Arsenal mengesahkan mereka sudah mengenal pasti imej individu yang membaling botol...

Mayat Lelaki Dibunuh Ditemui Di Mak Mandin

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Bangladesh ditemui dengan beberapa kesan tikaman dan lebam di tepi jalan di Mak Mandin, Butterworth dekat sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata mayat lelaki memakai kain pelikat dan kemeja-T merah itu ditemui orang awam pada 3 pagi.

“Mangsa berusia 30-an dipercayai diserang dan dipukul oleh dua lelaki di tepi jalan itu sebelum mereka melarikan diri. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Terdapat kesan tikaman di badan mangsa dan beberapa kesan lebam dipercayai akibat dipukul. Polis turut menemui sebatang besi dan kayu yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mazlan berkata berdasarkan maklumat penduduk di kawasan itu, lelaki berkenaan tinggal di situ dan bekerja di tapak pembinaan berhampiran.


Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis kini mengesan majikan serta kenalan lelaki itu bagi membantu siasatan, katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran. – BERNAMA

Video: Jumpa Mayat Dengan 12 Kesan Tikaman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori