• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kumpulan Kongsi Gelap Mahu Gaduh Besar Di Klang?

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Polis daerah Klang Selatan menafikan penyebaran maklumat palsu dalam laman sosial bahawa akan berlakunya pergaduhan besar membabitkan kumpulan kongsi gelap 24 dan 36 di daerah ini.

Ia susulan kematian seorang lelaki tempatan dipercayai penolong ketua kongsi gelap di daerah ini akibat pergaduhan dalam kejadian 3 pagi 10 Februari lalu di Telok Panglima Garang, Banting.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, kejadian berkenaan menimbulkan banyak penyebaran maklumat di laman sosial kononnya akan berlaku pergaduhan besar antara dua kumpulan berkenaan disebabkan dendam akibat pembunuhan ahli sebuah kumpulan kongsi gelap.

Katanya, maklumat berkenaan turut menyatakan keadaan di bandar itu tidak selamat terutama di Kampung Jawa.

“Polis menafikan penyebaran maklumat palsu berkenaan. Keadaan semasa di Klang termasuk Kampung Jawa aman dan tenteram.

“Tiada kejadian tidak diingini berlaku malah masyarakat bergerak bebas menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa,” katanya di sini, petang tadi.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang lelaki tempatan dan lelaki warga asing dari Sri Lanka terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis di Jalan Pandan 2 Telok Panglima Garang.

Kejadian itu menyebabkan lelaki tempatan terbabit meninggal dunia manakala lelaki warga asing itu dimasukkan ke Hospital Banting.

Berikutan kejadian itu, tersebar di laman sosial yang mendakwa akan berlaku pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap di daerah itu selepas salah seorang daripada pemimpin kumpulan itu diserang kumpulan lain. – myMetro Online

Tags: Kongsi Gelap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

Pelajar Sekolah Antara 14 Remaja Hadir Upacara Angkat Sumpah Kongsi Gelap

15/11/2024
0

KUALA LUMPUR: Empat belas remaja, termasuk pelajar sekolah antara 61 individu ditahan dalam serbuan polis ke lokasi dipercayai tempat upacara...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd